KELAS PENGAJIAN

Tenaga Pengajar: Haji Muhammad Haji Abd. Ghani

Pada hari ini telah berlangsung sesi kelas pengajian di Pejabat Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Papar yang disampaikan oleh Haji Muhammad Haji Abd. Ghani. Kelas ini telah dihadiri oleh para mualaf sekitar daerah Papar.

Dalam penyampaiannya, beliau menekankan kepentingan menuntut ilmu agama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar sentiasa berusaha memperbaiki amalan ibadah, akhlak serta hubungan sesama manusia. Selain itu, beberapa dalil daripada al-Quran dan hadis telah dihuraikan bagi menjelaskan kelebihan menuntut ilmu, beramal soleh dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap agama.

Para pelajar memberikan perhatian yang baik sepanjang sesi berlangsung dan turut mengambil bahagian secara aktif dalam sesi soal jawab yang diadakan. Kelas berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang diharapkan, iaitu meningkatkan kefahaman dan kesedaran agama dalam kalangan para mualaf.

Semoga ilmu yang disampaikan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi asbab kepada peningkatan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top