Hidayah: Sejak Kecil Suka Tengok Orang Pakai Tudung

βžπ™Žπ™šπ™Ÿπ™–π™  π™ π™šπ™˜π™žπ™‘ π™™π™žπ™– 𝙨π™ͺ𝙠𝙖 π™©π™šπ™£π™œπ™€π™  π™€π™§π™–π™£π™œ 𝙄𝙨𝙑𝙖𝙒 π™₯π™–π™ π™–π™ž 𝙩π™ͺ𝙙π™ͺπ™£π™œβ€¦

𝙩𝙖π™₯π™ž π™₯π™šπ™©π™–π™£π™œ π™©π™–π™™π™ž π™™π™žπ™– π™’π™šπ™£π™–π™£π™œπ™žπ™¨ π™©π™šπ™§π™šπ™¨π™–π™ -π™šπ™¨π™–π™  π™™π™ž 𝙙𝙖𝙑𝙖𝙒 π™’π™–π™¨π™Ÿπ™žπ™™.❞

Ramai sangka dia sedang diuji.

Rupanya tidak.

Petang tadi di Masjid Setia Alam, Michelle akhirnya melafazkan dua kalimah syahadah.

Sejak kecil lagi hatinya sudah tertarik dengan Islam. Setiap kali melihat wanita Muslim bertudung, dia akan terfikir sesuatu dalam hatinya… seolah-olah ada rasa yang memanggil.

Tahun demi tahun berlalu…

rasa itu tidak pernah hilang.

Dan hari ini, selepas sekian lama memendam rasa, Michelle akhirnya memilih untuk menjadi seorang Muslim.

Selepas syahadah dilafazkan, dia menangis.

Bukan kerana sedih.

Tetapi kerana katanya,

β€œlama saya menunggu saat ini.”

Begitulah hidayah.

Kadang Allah sudah tanam benihnya dalam hati seseorang bertahun-tahun lamanya… sebelum akhirnya ia mekar pada waktu yang Dia tentukan.

Tetapi perjalanan mualaf tidak berhenti pada syahadah.

Di sinilah mereka perlukan kita untuk terus membimbing, menyantuni dan menjaga iman mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top