Masuk Masjid Membuka Kefahaman

๐’๐š๐ฒ๐š ๐“๐š๐ค ๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐

#repost HCF Selangor

Pada 10 Mei 2026 (Ahad) yang lalu, Program Mosque Tour Guide Mingguan telah berlangsung dengan penuh harmoni dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di Masjid Kota Kemuning.

Kadangkala, hanya dengan satu langkah memasuki masjidโ€ฆ seseorang mula melihat Islam dari sudut yang berbeza โ€” lebih dekat, lebih indah dan lebih damai.

Sepanjang program, para peserta dibawa melawat beberapa bahagian masjid seperti ruang wuduk, ruang solat dan diberi penerangan tentang imam, azan, maksud azan serta Surah Al-Fatihah.

Program ini dijalankan dalam suasana santai dan terbuka supaya peserta lebih selesa untuk bertanya dan mengenali Islam dengan lebih dekat.

Yang paling bermakna, sesi makan dan sembang santai bersama rakan-rakan Non-Muslim telah membuka ruang persefahaman, mengeratkan hubungan dan memupuk keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top