πππ«π’π¦π πππ¬π’π‘ πππ«ππ§π ππ’πππ€ πππ¦ππ’ππ«π€ππ§ πππ²π πππ«π¬ππ§ππ’π«π’ππ§β¦
Bagi seorang mualaf, fasa paling mencabar selepas mengucapkan syahadah selalunya bukanlah bab belajar solat atau puasa. Tetapi… fasa melawan rasa sunyi.
Ramai yang terpaksa bermula dari kosong. Kehilangan circle lama, malah ada yang dipinggirkan keluarga. Di sinilah pentingnya peranan kita sebagai saudara seakidah menjadi ‘keluarga baru’ yang sentiasa ada untuk mereka.
Atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang itu, pada Ahad malam (10 Mei 2026) yang lalu, sukarelawan kami telah meluangkan masa menyantuni saudara baru kita, Brother Vooi Yik Leong di Eve Suite Ara Damansara.
Pertemuan ringkas di meja makan malam itu mungkin nampak biasa pada pandangan mata, tapi ia adalah ubat yang besar untuk membina rasa kebersamaan dan menguatkan ukhuwah.
Sama-sama kita doakan agar Brother Vooi Yik Leong terus istiqamah, dikurniakan ketenangan hati, dan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. Amin. π€²β¨
#HidayahCentreFoundation #ZiarahMualaf #SaudaraBaru #SokonganMualaf #UkhuwahIslamiah #AraDamansara #IslamItuPersaudaraan





