Majlis Ramah Mesra Bersama Non Muslim Masjid Pekan Nilai

Alhamdulillah telah selesai Majlis Ramah Mesra Bersama Non-Muslim di Masjid Pekan Nilai semalam. Program ini dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM dan Masjid Pekan Nilai.

Seramai 10 orang non-Muslim telah menghadiri majlis ini di mana mereka menyertai sesi Masjid Tour yang diketuai oleh Masjid Tour Guide yang berpengalaman iaitu Cikgu Norman dan Hj Abdul Kadir.

Dengan izin Allah SWT, seorang insan daripada Kenya telah kembali kepada fitrah dan melafazkan syahadah dengan bimbingan Imam 1 Masjid Pekan Nilai.

Reaksi yang cukup positif diluahkan oleh rakan-rakan non-Muslim yang menghadiri program ini dan berharap program seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap.

Diharapkan program ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti outreach terutamanya di Negeri Sembilan.

” Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf “

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top