๐๐๐ฆ๐ข๐ง๐๐ซ ๐๐๐ข๐ ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ค๐ (๐๐๐) ๐ ๐๐ฌ๐ ๐
25-26 April 2026
Alhamdulillah
Hidayah Centre Foundation (HCF) Melaka telah berjaya menganjurkan suatu program pemerkasaan para saudara baharu, iaitu Seminar Daie Mualaf Melaka (DMM).
Program 2 hari ini difokuskan untuk membentuk “jiwa dakwah” dalam diri para mualaf, seterusnya menjadi “Duta Islam” dalam penyampaian mesej keharmonian Islam kepada segenap etnik masyarakat majmuk khususnya di negeri Melaka.



Seminar turut disempurnakan dengan majlis perasmian oleh YBrs. Saudara Mohd Nasir Wahab, Ketua Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Majlis Agama Islam Melaka diatas sokongan penuh terhadap pelaksanaan program ini.
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari dan terus bersama HCF dalam apa jua aktiviti menyebarkan risalah Islam.





