Terangkan Islam Kepada Non Muslim dengan Cara Paling Santai

Pada 16 Mei 2026 (Sabtu), telah berlangsung Program Mosque Tour Training (MTT) Siri 1 bertempat di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, Perak.

Program ini merupakan anjuran bersama Hidayah Centre Foundation (HCF) Perak, pihak Masjid Toh Puan Besar Hatijah, PERKIM Batu Gajah serta Guru Agama Dakwah (GAD) Batu Gajah.

Latihan telah disampaikan oleh Brother Shafiq Afandi yang berkongsi ilmu, pengalaman serta kaedah pengendalian program mosque tour secara berkesan kepada para peserta.

Seramai 37 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada para daie sekitar Batu Gajah daripada pelbagai latar belakang dan agensi. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta latihan berkaitan pelaksanaan mosque tour sebagai medium dakwah, penerangan Islam serta pendekatan mesra masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Semoga program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai daie yang berkemahiran dalam menyampaikan dakwah secara hikmah dan profesional kepada masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top