Selamat Datang ke Agama Fitrah

Alhamdulillah, petang semalam satu lagi syahadah telah berlangsung di pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang.

Seorang saudari yang berasal dari Sabah telah melafazkan kalimah syahadah dengan penuh keikhlasan, menandakan permulaan baharu dalam kehidupannya sebagai seorang Muslim.

Majlis syahadah tersebut telah dipimpin dan dibimbing oleh Pengurus HCF Negeri Pulau Pinang, En Ahmad Shiham dengan turut disertai oleh saudari Ayunazirah, pelajar latihan industri, yang bersama-sama menyaksikan momen bermakna ini.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat-Nya, mempermudahkan setiap urusan, menguatkan iman serta memberi kekuatan untuk beliau terus istiqamah dalam setiap langkah sebagai seorang Muslimah✨

#Syahadah
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#HidayahMilikAllah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top