4 Mei 2026 (Isnin) – Alhamdulillah, HCFPP berkesempatan menziarahi dua orang mualaf yang merupakan pasangan suami isteri di sekitar Air Itam, Pulau Pinang. Pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki berusia lebih kurang sebulan lebih.
Ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi sebagai sokongan kepada saudara mualaf yang memerlukan bantuan. Dalam ziarah ini, kami juga menyampaikan sumbangan barangan dapur serta bantuan wang tunai untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Semoga usaha kecil ini dapat memberikan sinar kegembiraan dan kekuatan kepada mereka. HCFPP akan terus komited dalam menyantuni dan membimbing mualaf ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan beriman.
HCFPP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kompleks Darul Hidayah atas sumbangan yang diberikan. Bantuan ini amat bermakna dalam menyokong saudara mualaf di santunan kami.
Doakan agar usaha dakwah ini terus dipermudahkan dan diberkati.





