SYAHADAH |
Alhamdulillah, petang semalam seorang hamba Allah telah selamat mengucapkan dua kalimah syahadah di pejabat Hidayah Centre Foundation dan kembali kepada agama fitrah, iaitu Islam ![]()
Beliau mula mendapat hidayah ketika berada di Hong Kong melalui pembacaan Al-Quran sehingga hatinya terbuka untuk mengenali dan menerima keindahan agama Islam. Dengan izin Allah SWT, beliau kini memilih Islam sebagai cara hidupnya.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketenangan dan istiqamah kepada saudara baharu kita ini dalam menempuh perjalanan sebagai seorang Muslim. Semoga setiap langkah beliau dipermudahkan dan sentiasa berada dalam rahmat serta bimbingan-Nya ![]()





