KELAS BIMBINGAN MUALAF (ONE-TO-ONE)
Alhamdulillah, pada pagi semalam telah diadakan sesi kelas bimbingan mualaf secara one-to-one bersama seorang saudari baharu yang berasal dari Poland dalam suasana yang santai dan penuh hikmah ![]()
Sesi bimbingan diadakan dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan pemahaman beliau terhadap asas-asas Islam. Antara pengisian yang dikongsikan ialah berkaitan Rukun Iman dan Rukun Islam sebagai asas penting dalam kehidupan seorang Muslim.



Selain itu, sesi turut diteruskan dengan pembelajaran teori serta praktikal solat bagi membantu beliau memahami dan mempelajari ibadah solat dengan lebih yakin dan teratur.
Semoga Allah SWT terus mempermudahkan perjalanan beliau dalam mengenali dan mendalami Islam serta mengurniakan istiqamah dalam menuntut ilmu





