| ZIARAH MUALAF |
21 Mei 2026 (Selasa) – Alhamdulillah, semalam berkesempatan menziarahi keluarga mualaf yang baru sahaja dikurniakan seorang bayi berusia 6 bulan.
Sedikit sumbangan berupa barang dapur dan wang tunai telah diberikan sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada keluarga mualaf.
Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban mereka, dan semoga keluarga ini sentiasa diberi kekuatan, ketabahan, serta keistiqamahan dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim.





