Dua Budaya, Satu Bumbung: Kursus Pengukuhan Perkahwinan Mualaf

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation kini dalam fasa perancangan Kursus Pengukuhan Institusi Perkahwinan Mualaf Negeri Kedah (Pasca Perkahwinan Mualaf).

Kursus ini digerakkan dengan kerjasama strategik bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), JHEAIK dan NGO MACMA khusus untuk membimbing pasangan saudara baru/mualaf mendepani cabaran alam rumah tangga selepas memeluk Islam.

Objektif utama kursus :
✅ Memperkukuh kefahaman peranan suami isteri menurut syarak
✅ Memberi panduan mengurus konflik & komunikasi dalam keluarga
✅ Menyediakan sokongan psikososial & spiritual pasca perkahwinan
✅ Membina jaringan ukhuwah sesama pasangan mualaf di Kedah

Perkahwinan saudara baru/mualaf bukan sekadar penyatuan dua insan, tetapi penyatuan dua budaya, dua keluarga, dan dua latar kepercayaan. Justeru, bimbingan berterusan amat penting bagi memastikan institusi keluarga yang dibina kekal sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kami di HCF komited untuk menjadi sistem sokongan kepada saudara baru/mualaf, bukan sahaja sebelum syahadah, malah sepanjang perjalanan mereka sebagai Muslim.

Mohon doakan agar urusan pelaksanaan kursus ini dipermudahkan. Nantikan maklumat lanjut berkenaan tarikh & pendaftaran Program ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top