Santuni Masyarakat Pedalaman Melalui Projek Bakul Makanan

30 Apr – 4 Mei / Hidayah Centre Foundation Sabah Alhamdulillah 🤲

Perjalanan 1–3 Mei menjadi saksi kecil bagaimana Allah membuka jalan untuk kami menziarahi dan meninjau lokasi projek Hidayah Centre Foundation bersama Pertubuhan Ihsanku Malaysia.

Hari 1: Kg Nantabakan
Hari 2: Kg Silungai & Sumatalun
Hari 3: Kg Buntung

Di setiap langkah, kami bertemu insan-insan hebat yang hidup dengan penuh kesabaran. Senyuman mereka, walau dalam kekurangan, benar-benar menyentuh hati dan mengingatkan kami tentang nikmat yang sering terlepas pandang.

Bermalam pada hari ke-2 dan ke-3 di Masjid Al-Bar Pagalungan—tempat kami berehat, bermuhasabah, dan mengumpul kekuatan untuk terus berkhidmat.

Setiap ziarah turut disertai agihan bakul makanan hasil sumbangan Pertubuhan Ihsanku Malaysia dan Rumah Wakaf Indonesia—kecil pada pandangan kita, namun besar maknanya buat mereka.

Ya Allah, kami bersyukur atas peluang ini. Terimalah setiap usaha yang sedikit ini sebagai amal, dan teruskanlah memberi kami hati yang peduli serta langkah yang istiqamah di jalanMu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top