Akhlak Sejati Muslim Membuka Ruang Kenali Islam

π€πŠπ‡π‹π€πŠ π’π„π‰π€π“πˆ πŒπ”π’π‹πˆπŒ πŒπ„πŒππ”πŠπ€ 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 π‡π€π‘πŒπŽππˆ πŠπ„ππ€π‹πˆ πˆπ’π‹π€πŒ

Kadang-kadang, jalan menuju Islam bermula dengan melihat akhlak seorang Muslim. 🌿

Baru-baru ini saya bertemu dengan Jane (bukan nama sebenar), seorang sumandak asal Kota Marudu yang kini bekerja di Kota Kinabalu.

Jane telah menghubungi hotline Hidayah Centre Foundation Sabah untuk Sesi Kenali Islam.

Bila ditanya apa yang membuatkan dia tertarik untuk mengenali Islam, jawabnya sederhana:

β€œOrang Islam di sekeliling saya baik-baik.”

Selama hampir 3 tahun, dia belajar tentang Islam secara diam-diam melalui internet dan pemerhatian terhadap orang sekeliling. Namun sejak sebulan lalu, hatinya mula rasa mahu belajar dengan lebih serius.

Alhamdulillah, saya sempat mengajaknya hadir ke program Mufti Menk Live in Sabah. Petang itu dia hadir dengan tudung bawal yang memang sudah dimilikinya sendiri.

Doakan semoga Allah mempermudahkan urusannya dalam mencari kebenaran dan ketenangan hidup. 🀍

Buat rakan-rakan non-Muslim di luar sana yang ingin bertanya, berbual atau mengenali Islam dengan lebih dekat β€” kami di Hidayah Centre Foundation Sabah dan Hidayah Centre Foundation seMalaysia sentiasa membuka ruang sesi β€œKenali Islam” secara santai, harmoni dan tanpa paksaan.

Kadang-kadang, satu pertemuan kecil mampu membuka pintu hidayah yang besar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top