HCF Bundu Tuhan | 12 April 2026 (Ahad)
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran HCF Bundu Tuhan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan di Kampung Bundu Tuhan, Ranau. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih daripada 50 orang penduduk kampung yang terdiri daripada golongan mualaf serta anak-anak mualaf, sekali gus memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri dengan penuh ukhuwah dan kegembiraan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar perayaan, malah merupakan satu manifestasi kesyukuran kepada Allah SWT setelah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Ia juga menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim, memupuk kasih sayang serta menyemai nilai keprihatinan dalam masyarakat.



Seperti firman Allah SWT dalam Al-Quran:
“… dan hendaklah kamu membesarkan Allah kerana petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah, 2:185)
Ayat ini menjelaskan bahawa Aidilfitri adalah waktu untuk membesarkan Allah SWT dan menzahirkan rasa syukur atas nikmat hidayah dan kesempatan beribadah. Oleh itu, sambutan Aidilfitri wajar diisi dengan amalan kebaikan, saling bermaafan serta memperkukuhkan hubungan sesama insan.
Pihak HCF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sokongan dan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan para penyumbang serta melimpahkan rahmat, keberkatan dan perlindungan-Nya ke atas mereka. Amin ya Rabbal ‘alamin.
Semoga segala usaha dan amalan kita diterima oleh Allah SWT serta terus diberkati di dunia dan akhirat.
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
______________





