Likas sentiasa meriah, tapi 17 Januari lalu suasananya lebih istimewa! Pasukan HCF Kota Kinabalu turun padang ke Taman Awam Teluk Likas untuk Kempen Kenali Al-Quran.
Apa yang menarik? Kami adakan aktiviti santai:
✨ Sapaan Mesra: Menyapa pengunjung taman yang sedang beriadah.
✨ Cabutan Soalan: Peserta cabut satu soalan ringkas berkaitan Al-Quran.
✨ Sporting Habis: Masyarakat Sabah memang luar biasa! Hampir semua dapat jawab dengan tepat dan penuh semangat.



Senyuman dan gelak tawa sepanjang aktiviti ini membuktikan bahawa perbezaan latar belakang bukanlah penghalang untuk kita saling mengenali. Inilah wajah sebenar perpaduan kita di Sabah. ❤️
Sesuai dengan firman Allah SWT:
“…dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali…” (Surah Al-Hujurat: 13)
Terima kasih warga Kota Kinabalu yang sporting! Semoga usaha kecil ini terus menyemai rasa hormat dan mengukuhkan kasih sayang sesama kita. 🤝✨
#HarmoniSabah #KenaliAlQuran #HCFKK #TelukLikas #KotaKinabalu #DakwahSantai #SampaikanIslamPerkasakanMualaf





