HCF BUNDU TUHAN | 11 Februai 2026 (Rabu)
PROGRAM KEMBARA SMART SABAH
Alhamdulillah, Sekolah SMART Al-Amin yang datang jauh daripada Semenanjung jemput HCF Bundu Tuhan, KDMRS & YADIM Ranau melaksanakan Program di kundasang.
Antara Program yang dibuat adalah ziarah 3 buah runah mualaf & 2 buah rumah non-Muslim di Kg Bundu Tuhan. Selain itu, Sesi kelas Fardhu Ain juga dibuat di Kg Pahu Sarayo.



Peserta daripada Sekolah SMART Al-Amin itu terdiri daripada 9 orang guru dan 33 orang pelajar. Tujuan program tersebut dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang budaya yang ada di daerah sabah khususnya di daerah Kundasang.
HCF ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah SMART Al-Amin kerana sudi bekerjasama dengan HCF. Tidak dilupakan juga kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan seperjuangan yang bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Semoga kita mendapatkan pahala dan manfaat daripada program yang kita laksanakan ini. Amin InsyaAllah.





