πππππππππ ππππππ πππππππ ππππππ π πππππππππ ππ ππππππππππ πππππππππ ππππππ πππππ
Kota Kinabalu, 05 NOVEMBER 2025 β Hidayah Centre Foundation (HCF) telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan BaitulMal Negeri Sabah
Kunjungan ini disambut mesra oleh Tuan Ismail Bin Mohd Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan BaitulMal Negeri Sabah.
Pihak HCF diwakili oleh Tuan Joannes Lukas, Ketua Pegawai Eksekutif HCF, diiringi oleh Encik Zulazrie Dahim , Ketua Operasi Wilayah Sabah HCF serta 3 orang pegawai HCF.

Pertemuan ini memperkenalkan barisan kepimpinan HCF Sabah serta berkongsi peluang kerjasama strategik antara HCF dan Perbadanan BaitulMal Negeri Sabah dalam pelaksanaan usaha dakwah dan sokongan mualaf pada masa akan datang.
Semoga jalinan erat antara BaitulMal dan HCF akan terus memperkukuh usaha dakwah dan memberi manfaat besar kepada mualaf khususnya di Sabah.





