HCF BUNDU TUHAN | 15 November 2025 (Sabtu)
PROGRAM SEMINAR : TEKNIK MUDAH BERKONGSI ISLAM
Alhamdulillah, HCF Bundu Tuhan telah mengadakan sebuah Program Seminar iaitu Teknik Mudah Berkongsi Islam di Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah di Ranau (MRTMS). Program in mendapat kerjasama dengan JHEAINS, MRTMS & YADIM Ranau. Seramai 60 pelajar yang terdiri daripada lelaki & juga perempuan yang hadir dalam program ini.
Penceramah dalam program ini terdiri daripada Staf Hidayah Centre Foundation Sabah sendiri iaitu Bro Muhammad Harsun Kong Soon Soon Abdullah & Sis Nur Wafa Abdullah. Topik yang disampaikan dalam seminar tersebut adalah seperti : Jadi Ejen Syurga, Teknik ASARA-PK dan Praktikal ASARA-PK.



Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ust Nazri bin Abdullah selaku Pengetua MRTMS, Ust Fadhil bin Wohanis selaku Ketua Unit Hal Ehwal Murid, Ust Mohd Faiz Hadimin selaku Ketua Unit Kurikulum dan juga Ustazah Widartiyah selaku Penyelia Walai Quran yang telah memberikan kami ruang untuk memberikan perkongsian seminar di MRTMS.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan daripada MRTMS, JHEAINS & YADIM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program seminar tersebut. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kalian semua.





