Perkelahan Keluarga Ansar Muhajirin

Perkelahan Keluarga Ansar Muhajirin

Meru, Ipoh – Tanggal 5 Oktober 2025, Hidayah Centre Foundation HCF Perak dengan kerjasama IKRAM Tambun telah menganjurkan Perkelahan Keluarga Ansar Muhajirin bertempat di Bulatan Azlan Shah, Meru, Ipoh, Perak.

Perkelahan yang mengumpulkan Rakan Hidayah (sukarelawan), ahli IKRAM Tambun dan para Mualaf ini bertujuan mengeratkan ukhwah dan mengukuhkan Taaruf. Antara aktiviti dijalankan seperti cabutan bertuah, permainan ice breaking dan juga permainan untuk kanak-kanak. Hampir 40 orang telah hadir memeriahkan kali ini.

Semoga ukhwah yang dibina terus kukuh bagi memastikan kelestarian usaha dakwah dan pemerkasaan mualaf.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top