22 & 23 September 2025 ( Isnin & Selasa )
Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW
Sekitar Pameran Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW di KOMTAR . Hari pertama pameran dimulakan dengan majlis Perasmian oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Bin Othman.
Alhamdulillah, suasana di booth pameran sempena Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW yang diadakan pada Isnin dan Selasa lalu di KOMTAR penuh dengan interaksi yang mesra dan bermanfaat. Sebanyak 40 ‘gift’ beserta risalah tentang Nabi Muhammad telah diedarkan kepada Non Muslim sekitar Komtar.



Tahun ini pameran diserikan lagi dengan memberi peluang kepada hadirin non musllim menonton video kisah-kisah Nabi Muhammad menggunakan peranti Virtual Realiti (VR) . Menariknya video 6D ini ditonton secara 360 degree.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan kempen ini. Semoga usaha kecil kita ini menjadi asbab hidayah dan kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam.





