DMM Masjid Kampung Rawa : Dakwah & Harmoni

DMM Masjid Kampung Rawa : Dakwah & Harmoni

28 September 2025 (Ahad) – Alhamdulillah, telah berlangsung Latihan Dakwah Masyarakat Majmuk (DMM) anjuran Masjid Kampung Rawa dengan kerjasama Gabungan Dakwah Malaysia serta Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang.

Lebih 20 orang peserta telah menyertai program ini, terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid, ahli qaryah Kampung Rawa serta sukarelawan Rakan Hidayah. Latihan dilaksanakan secara teori dan praktikal bagi memperkasa kefahaman serta kemahiran berdakwah dalam suasana masyarakat majmuk.

Pada sesi pagi, para peserta diberi pendedahan melalui 2 slot ceramah yang menekankan pendekatan dakwah kepada masyarakat majmuk. Manakala pada sebelah petang, mereka berpeluang mempraktikkannya melalui aktiviti ziarah ke rumah-rumah jiran rakan non-muslim yang berdekatan dengan masjid.

Semoga usaha kecil ini menjadi benih dakwah yang subur, menyemai kasih sayang, serta mengeratkan silaturrahim antara sesama insan.

#dakwahmasyarakatmajmuk

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top