Mualaf Bangkit : Pendakwah Profesional

๐‘ด๐‘ผ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ญ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ๐‘ฒ๐‘พ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต๐‘จ๐‘ณ! ๐ŸŒŸ

๐’๐€๐๐“๐” | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Alhamdulillah, Program Pengkaderan Duat Mualaf Profesional 2025 (Pulau Pinang) telah berlangsung dengan penuh semangat dan jayanya di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Hanif bin Omar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Lebih 70 peserta mualaf hadir dengan semangat untuk mendalami ilmu dakwah, memperkukuh kefahaman Islam, dan membina keyakinan dalam menyampaikan mesej Islam dengan hikmah.

Sesi perkongsian disampaikan oleh Tuan Haji Noli bin Husain, Pengarah Jabatan Operasi Hidayah Centre Foundation, yang memperkenalkan kaedah dakwah mudah dan praktikal melalui pendekatan ASARA-PK โ€” satu teknik yang membantu menyampaikan Islam dengan jelas dan berkesan kepada non-Muslim.

Semoga program ini menjadi pemangkin lahirnya barisan pendakwah mualaf yang berilmu, yakin, dan berjiwa dakwah, demi terus menyebarkan keindahan Islam kepada seluruh masyarakat.

#mualafbangkit#PengkaderanDuatMualaf#HidayahCentreFoundation#ZakatMAINPP#GDM#PulauPinang#DakwahUntukSemua#MualafProfesional

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top