Kisah Mualaf : Nur Aleena Lim
Seorang anak Sarawak yang kini menemui ketenangan dalam Islam .“Saya ingin berkongsi sedikit kisah tentang perjalanan saya mengenal Islam.
Pada awalnya, segalanya terasa baru dan mencabar. Saya takut tidak mampu, takut tidak diterima. Tapi setiap kali saya cuba mendekatkan diri kepada Allah, hati saya menjadi tenang.
Saya belajar bahawa Islam bukan tentang menjadi sempurna, tetapi tentang keikhlasan dan usaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.Buat sahabat mualaf yang sedang berjuang — jangan pernah berputus asa. Setiap langkah kecil menuju Allah pasti bernilai besar di sisi-Nya.
”
Nur Aleena Lim ialah salah seorang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation (HCF) yang kini aktif mengikuti kelas dan bimbingan bersama Dai kami. Semoga kisah beliau menjadi inspirasi buat kita semua — bahawa hidayah itu indah bila diterima dengan hati yang terbuka. ![]()
Ayuh bersama HCF, menaja pendidikan untuk mualaf

Teruskan menyokong usaha HCF menyampaikan dakwah Islam dan memperkasakan mualaf.
Ain - Mualaf Bidayuh yang menemui Cahaya Islam
Ain, seorang mualaf dari suku kaum Bidayuh, mula mengenali Islam setelah berhijrah ke Miri untuk bekerja. Pada awalnya, beliau tiada agama, namun hatinya mula tertarik kepada Islam apabila melihat umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.
Tahun 1989 menjadi titik perubahan terbesar apabila Ain, bersama suami dan anak-anak, membuat keputusan untuk memeluk Islam.
Kini, pada tahun 2025, Ain mula menyertai Program QFM anjuran Hidayah Centre Foundation. Selain itu, beliau juga aktif sebagai sukarelawan HCF, membantu menjayakan pelbagai program dakwah dan kebajikan.
Sebagai seorang mualaf yang telah bertahun-tahun memeluk Islam, Ain sangat bersyukur kerana berpeluang menunaikan ibadah Qurban tahun ini.
📸 Kredit gambar: Program Santai & Bacaan Yaasin di Cawangan HCF Miri bersama institusi IKRAM, SRIAAM & TTAAA
Kisah Ahmad Andrew : Dulu Jiwanya Keliru, Kini Allah Hadiahkan Cahaya



