The Day Laura Chose Islam
 
7 September 2025 marks a truly memorable day at HCFBTR, where our dear sister Laura embraced Islam by declaring her syahadah in front of almost 30 people, including her beloved parents, school and university friends, and colleagues from different backgrounds and faiths.
 
Laura has been attending the NMNR sessions for more than a year and a half despite her busy schedule and frequent work travels abroad. Alhamdulillah, during the session we were able to share explanations about Islam, the meaning of the syahadah, the pillars of Iman, the pillars of Islam, as well as the responsibilities of Muslim children towards non-Muslim parents. The floor was later opened for questions, which her parents and friends warmly engaged in.
 
What was supposed to end by 11:30am extended until almost 1:00pm—proof of the heartfelt discussions and emotions that filled the hall. Tears flowed as Laura uttered the blessed testimony of faith, including from those who were present.
We pray that Allah eases Laura’s journey as a Muslim, grants her deep
understanding of the religion, and showers her with His mercy and love always.
 
May Allah also open the hearts of all who witnessed today’s syahadah to the beauty of Islam. 🌿
 
 
 
𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐣𝐢𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚
Alhamdulillah, Nurhanah Humaira Abdullah merupakan hasil santunan berterusan melalui Hidayah Centre Foundation (HCF) Sabah, khususnya melalui Sesi Pengenalan Islam.
Bermula dengan pertemuan ringkas sambil ‘kupi-kupi’, penyertaan Jelajah Masjid, dan sesi Perbandingan Agama — Allah buka jalan perlahan-lahan ke arah hidayah.
Beliau lahir dalam keluarga yang taat pada anutan agama dan berkhidmat dalam rumah ibadah, malah ada yang memegang jawatan penting. Sejak kecil, Connie (bukan nama sebenar) merasakan ada kekosongan jiwa — tidak benar-benar meyakini ajaran yang diwarisi.
Suatu hari, Connie berkongsi pada keluarga: “Saya tidak merasa iman terhadap Tuhan dalam agama ini.” Keluarga Connie sangat berfikiran terbuka dan memberikan kata-kata penguat: “Jangan paksakan sesuatu yang kamu tidak percaya.”
Allah gerakkan hatinya. Pada Mei 2025, Connie menghubungi kami, hasil dorongan seorang sahabat Muslim yang mencarikan untuknya komuniti Islam yang terbuka.
Baru-baru ini, Connie diuji dengan kesihatan dan dirawat di hospital selama 2 minggu. Di saat itulah hatinya mula mencari…
“Saya mahu berdoa… tapi kepada Tuhan yang mana?”
Dari situ, lahirlah perbualan-perbualan tulus:
Connie: “Boleh ka aku solat tanpa guna telekung?”
Saya: “In sya Allah boleh. Sebab Connie sedang belajar.”
Connie: “Okey kak, terima kasih. Saya rasa tidak tenang sejak akhir-akhir ini… sejak sakit. Sampai sekarang rasa mahu menangis.”
Saya: “Connie percaya Allah adalah Tuhan yang patut disembah?”
Connie: “Ya, aku percaya Allah adalah Tuhan.”
Saya: “Percaya Nabi Muhammad adalah utusan Allah?”
Connie: “Ya, kak. Percaya.”
Lalu kami sama-sama tetapkan tarikh penuh makna – 05 September 2025, bertepatan Maulidur Rasul, sebagai hari syahadahnya.
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.”
Suasana hening. Air mata bahagia mengalir.
“Kak, saya rasa bahagia. Rasa jiwa penuh…” – Nurhanah Humaira Abdullah
Pelukan gembira mengakhiri sesi yang penuh barakah. Satu lagi jiwa kembali kepada fitrah.
Terima kasih kepada semua yang menyokong usaha dakwah ini, secara langsung atau tidak. Anda sebahagian daripada jalan pulang seorang hamba kepada Penciptanya.
.
Kredit: Dai HCF Sabah yang memimpin syahadah
 
 
𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐀𝐝𝐢𝐤 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥𝐨 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 – 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐚𝐟 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐂𝐅
 
Saya dahulu melihat Islam hanya sama seperti agama lain. Ada Tuhan, ada umatnya. Tidak pernah membenci, cuma sekadar melihat begitu sahaja.
Saya membesar dalam keluarga Kristian yang taat pergi gereja. Tetapi hidayah Allah itu sangat hebat – hadir dengan cara yang saya sendiri tidak sangka.
Saya bukan tertarik kepada Islam melalui azan, mimpi atau dakwah secara langsung. Tetapi melalui ujian hidup yang membuatkan saya berfikir, “Adakah aku perlu berubah untuk hidup lebih baik?”
Semasa bekerja di Kota Kinabalu, saya dikelilingi rakan Muslim. Namun, ramai antara mereka tidak solat, tidak menutup aurat, dan hidupnya sama seperti non-Muslim. Perkara itu membuat saya tertanya-tanya, “Betulkah ini Islam?”
Dari situ saya mula mencari maklumat sendiri – membaca risalah, Google, dan menonton kuliah ustaz/ustazah di media sosial.
Di situlah saya mula faham bahawa Islam itu agama yang benar, penuh nilai kebaikan.
Manakala Muslim hanyalah panggilan bagi penganutnya – sama ada mereka mengamalkan ajaran Islam atau tidak. Rupanya selama ini saya hanya melihat “Muslim”, tetapi belum mengenal “Islam” yang sebenar.
Pencarian saya berlarutan bertahun-tahun. Saya mula mendalami surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, dan Al-Kafirun. Membaca terjemahannya berulang kali hingga hati saya merasa tenang. Saya mula melihat ujian hidup bukan sebagai beban, tetapi sebagai tanda kasih Allah. Dari situ, saya nekad untuk memeluk Islam.
Namun perjalanan itu tidak mudah. Saya terpaksa berhenti kerja pada 27 Februari 2024 kerana rasa pekerjaan lama akan menghalang saya menjadi Muslim yang sebenar.
Saya cuba menguruskan pengislaman melalui Majlis Agama, tetapi ada halangan. Saya sedih dan kecewa, sampai menangis di tepi pantai, berdoa agar Allah tunjukkan jalan.
Di saat buntu itulah, Allah permudahkan. Saya mencari di Google: “macam mana masuk Islam di Kota Kinabalu”.
Tiba-tiba muncul nama Hidayah Centre Foundation (HCF). Saya hubungi mereka melalui WhatsApp, menyatakan hasrat saya.
Pada 4 Mac 2024, segalanya dipermudahkan. Staf HCF menyambut saya dengan penuh mesra, membantu dari awal hingga akhir tanpa menyulitkan apa-apa. Hari itu, saya akhirnya mengucap dua kalimah syahadah – satu detik yang saya tunggu-tunggu sekian lama.
Alhamdulillah, kini saya memulakan kehidupan baru sebagai seorang Muslim, penuh syukur dan ketenangan.
 
𝐀𝐳𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 – 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐚𝐥𝐚𝐟 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐂𝐅
Saya, Nur Intan Julia binti Abdullah, berasal dari Sarawak. Sejak kecil, saya sudah terbiasa mendengar laungan azan. Setiap kali Maghrib, saya sering ketakutan kerana tinggal sendirian di rumah. Ibu saya pernah berkata:
“Kalau takut, buka TV kuat-kuat. Orang Islam tengah sembahyang, ada azan. Hantu takut dengar azan.”
Sejak itu, azan menjadi peneman saya setiap kali rasa takut. Rupanya itulah detik awal Allah menanam benih hidayah dalam hati saya.
Ketika remaja, saya sangat aktif dalam agama lama saya. Saya bukan sekadar hadir ke gereja, malah habiskan masa cuti sekolah dengan belajar cara berdakwah, menterjemah Bible dan membawa anak-anak muda untuk mendalami agama. Waktu itu, saya benar-benar berpegang teguh dengan apa yang saya yakini.
Namun, setiap kali dalam perjalanan ke gereja, saya akan melalui sebuah surau. Dari situlah saya melihat orang Islam solat dengan penuh tertib, tenang dan sopan. Hati saya tertarik, lalu timbul persoalan: “Adakah agamaku benar, atau Islam agama yang benar?”
Setiap kali melalui surau itu, saya berdoa dengan sungguh-sungguh:
“Ya Tuhanku, aku tidak tahu mana agama yang benar di sisi-Mu. Selamatkan aku, tunjukkan kepadaku jalan yang benar kerana aku mahu masuk syurga.”
Alhamdulillah, doa itu Allah makbulkan. Setelah berhijrah ke Kuala Lumpur, saya dipertemukan dengan Islam, memeluk agama Allah ini dan seterusnya berkahwin dengan suami saya.
Selepas berkahwin, Allah mengurniakan seorang anak syurga. Kehadiran anak ini menjadi asbab lahirnya perniagaan saya – Julia Design, sebuah bisnes paper mache vases yang kini telah beroperasi selama 4 tahun dengan sambutan yang sangat menggalakkan. Satu demi satu pintu rezeki Allah bukakan untuk saya dan keluarga.
.
Teruskan menyokong usaha HCF menyampaikan dakwah Islam dan memperkasakan mualaf.
 
Scroll to Top