Hidayah Centre Foundation (HCF) Pahang bersama mahasiswa subjek Metodologi Dakwah UNIPSAS telah melaksanakan program Soul on Street di Pusat Rekreasi Taman Gelora, Kuantan.
Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk merasai sendiri pengalaman dakwah lapangan – mendekati masyarakat, berbicara dengan hikmah dan menyampaikan mesej Islam secara praktikal.
Turunnya mereka ke jalan bukan sekadar tugasan akademik, tetapi tanda kesedaran bahawa dakwah itu hidup di tengah masyarakat, bukan hanya di dalam kuliah dan buku.


Terima kasih kepada Puan Juwairiah, Ketua Jabatan Dakwah dan Usuluddin UNIPSAS atas sokongan dan kehadiran yang menyuntik semangat kepada semua peserta.
Semoga pengalaman ini menjadi titik tolak bagi lahirnya generasi pendakwah yang bukan hanya tahu berbicara tentang dakwah, tetapi berani melangkah ke medan sebenar untuk menyampaikannya.
#hcfpahang
#unipsas
#soulonstreet
#outreach
#sampaikanislamperkasakanmualaf





