Bersama Muallaf, Eratkan Ukhuwah, Kukuhkan Iman

HCF Pahang bersama Rakan Hidayah Kuantan telah menziarahi Uncle Sim Yat Fai di Seri Kuantan sebagai sebahagian daripada inisiatif menyantuni saudara baru yang baru memeluk Islam.

Program ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi peluang untuk melihat perkembangan semasa beliau serta memberi sokongan dalam perjalanan baharunya sebagai Muslim.

HCF Pahang turut membantu dalam menguruskan borang perkahwinan agar segala urusan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Uncle Sim serta meneguhkan langkah beliau dalam meniti kehidupan berlandaskan iman dan kasih sayang.

#ZiarahMualaf
#HCFPahang
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top