Kursus Produk Berasaskan Soya

#repost HCF Negeri Sembilan

Kursus Produk Berasaskan Soya

23 Ogos 2025 (Sabtu)

Alhamdulillah, (HCF) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kolej Komuniti Jelebu telah menganjurkan Kursus Produk Berasaskan Soya yang diadakan di Kolej Komuniti Jelebu.

Seramai 26 orang peserta telah menyertai kursus ini, termasuk 9 orang mualaf. Kursus dikendalikan oleh Puan Azzah, yang berkongsi ilmu dan tunjuk ajar tentang cara pembuatan air soya dan taufu fa, dua produk yang menjadi kegemaran ramai.

Selepas sesi penerangan, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan untuk menghasilkan sendiri resepi yang telah dipelajari. Suasana kursus berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama.

Penganjuran kursus ini bukan sekadar memberi ilmu kemahiran, tetapi juga bertujuan untuk memperkasa ekonomi para mualaf agar lebih berdikari dan mampu meningkatkan taraf kehidupan melalui sumber rezeki yang halal.

Sesungguhnya, setiap ilmu yang dipelajari dengan niat yang baik akan membuka pintu rezeki dan keberkatan. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan mampu mengamalkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

HCF Negeri Sembilan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Jelebu atas kerjasama dan bimbingan yang diberikan. Alhamdulillah.

#HidayahCentreFoundation
#KursusSoya
#KolejKomuniti
#PerkasaEkonomiMualaf
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top