Bila Senyuman Jadi Asbab Dakwah

Bila Senyuman Jadi Asbab Dakwah…

Alhamdulillah, (HCF) Negeri Sembilan telah turut serta dalam aktiviti booth sempena Program Sambutan Bulan Kebangsaan di AEON Mall Seremban 2 pada 13 September yang lalu.

Penyertaan ini bukan sekadar menyemarakkan semangat kenegaraan, tetapi juga menjadi ruang untuk menyampaikan mesej keharmonian Islam kepada masyarakat secara terbuka dan mesra.

Dengan penuh kesantunan, Pengurus HCF NS, Hj. Mohd Ridzuan bersama isteri melayani para pengunjung yang hadir. Kelihatan wajah-wajah non-Muslim yang singgah di booth memancarkan keterujaan dan minat apabila mendengar perkongsian tentang Islam.

Suasana sebegini mencerminkan betapa indahnya dakwah apabila disampaikan dengan kasih, senyuman dan hikmah. Bukan sekadar memberi penerangan, tetapi membina jambatan hati menjadikan Islam dikenali bukan melalui kata semata, tetapi melalui akhlak dan adab yang ditunjukkan.

Setiap pertemuan yang berlaku, walau singkat, diharap menjadi benih kebaikan yang suatu hari nanti akan tumbuh menjadi cahaya hidayah dalam hati mereka yang mencari kebenaran.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab tersebarnya rahmat Islam di bumi Malaysia yang tercinta. Aamiin.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#HCFNegeriSembilan
#HCFFamily
#DakwahDenganHikmah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top