Menyentuh Hati

Alhamdulillah, HCF Melaka meneruskan misi menyampaikan mesej keharmonian Islam menerusi Aktiviti Sampaikan Risalah Islam (ASRI).

Program yang diadakan di Taman Rekreasi Bukit Serindit ini disertai oleh para sukarelawan Rakan Hidayah, termasuk mualaf dan ahli IKRAM kawasan.

Melalui aktiviti sebegini, para sukarelawan bukan sahaja menyebarkan risalah Islam, tetapi juga berusaha menyentuh hati-hati insan dengan kelembutan dan kebijaksanaan dakwah kerana setiap hati yang disentuh dengan kasih dan hikmah, mampu menjadi pintu kepada hidayah Allah SWT.

Semoga usaha ini dapat diteruskan secara konsisten dengan objektif menyampaikan Islam sebagai agama yang syumul dan penuh rahmah.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai Sukarelawan Rakan Hidayah, amat dialu-alukan untuk mendaftar melalui pautan yang disertakan di ruangan komen.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#RakanHidayahMelaka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top