Explorace Sirah Nabawiyyah Mualaf Melaka 2025

20 September 2025 (Sabtu)

Alhamdulillah, HCF Melaka dengan sokongan Bahagian Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka telah menganjurkan Explorace Sirah Nabawiyyah Peringkat Mualaf Negeri Melaka yang bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh.

Program ini diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M, sebagai usaha memperkaya kaedah pembelajaran sirah dalam kalangan mualaf melalui pendekatan yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Aktiviti-aktiviti explorace berasaskan kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW antaranya membina model Kubah Shakhrah (peristiwa Israk Mikraj), penghayatan ibrah peristiwa perletakan Hajarul Aswad, serta aktiviti memanah yang menonjolkan nilai kesabaran dan fokus dalam perjuangan.

Melalui setiap aktiviti, para peserta bukan sahaja berhibur, tetapi turut diajak menelusuri hikmah dan pengajaran daripada perjalanan agung Rasulullah SAW, agar nilai-nilai itu dapat diterapkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim yang beriman dan beramal.

HCF Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para sukarelawan daripada Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM Melaka), serta Restoran Mohd Chan atas sokongan dan keterlibatan mereka dalam menjayakan program ini.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top