Lawatan Ke Wad Pediatrik Hospital Sarawak

π‘³π’‚π’˜π’‚π’•π’‚π’ π‘©π’†π’“π’Œπ’‚π’π’‚ π’Œπ’† 𝑾𝒂𝒅 π‘·π’†π’…π’Šπ’‚π’•π’“π’Šπ’Œ, π‘―π’π’”π’‘π’Šπ’•π’‚π’ π‘Όπ’Žπ’–π’Ž π‘Ίπ’‚π’“π’‚π’˜π’‚π’Œ

3 September 2025
Rabu
HCF Kuching

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching telah melakukan program lawatan berkala ke Wad Pediatrik, Hospital Umum Sarawak pada 3 September 2025. Tujuan program ini diadakan dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak adalah untuk mengumpul sukarelawan untuk menziarahi dan menyantuni pesakit di Wad Pediatrik, Hospital Umum Sarawak. Selain itu, dapat memupuk rasa belas kasihan dan rahmah dalam kalangan sukarelawan kepada masyarakat umum tanpa mengira kaum dan agama.

Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada para pesakit di Wad Pediatrik. Diharapkan lawatan dan sumbangan yang diberikan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top