π²πππππ π²πππππ π΅πππ π΄πππππππ πππππππ πππππππππ π΄πππππ ππ πΉππππ
6 September 2025
Sabtu
HCF Sibu
Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Sarawak cawangan Sibu bersama Rakan Hidayah telah mengadakan Kempen Kenali Nabi Muhammad SAW (KKNM) sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H di Dataran Tuanku Bujang, Sibu.



Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah, memasang bunting banner berkaitan biodata dan peribadi Nabi Muhammad SAW dan mengedar lembaran di sekitar dataran sambil memperkenalkan tentang baginda serta memberi penerangan kepada yang berminat.
Semoga dengan adanya usaha mengedarkan lembaran KKNM seperti ini, dapat memperkenalkan kepada masyarakat, tidak mengira agama tentang siapakah sosok Baginda Nabi SAW dan secara tidak langsung dapat menyampaikan keindahan Islam itu sendiri melalui informasi yang disampaikan.