HCF Bundu Tuhan | 25 September 2025 (Khamis)
Alhamdulillah. HCF Bundu Tuhan telah menyantuni seorang mualaf yang bernama Jhonatan @ Mohd Arfan. Beliau memeluk Islam pasa tahun 2021 dan baru sahaja menamatkan pelajaran peringkat sijil di IDIP Kelantan.
Kini beliau sedang bekerja sambilan dan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat diploma. Semoga adik Arfan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Aminn.
Mari sama-sama kita mendoakan semoga adik Arfan sentiasa tabah untuk menjalani kehidupannya.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan dakwah kita semua. Amin insyaAllah.
Jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki kita semua.