PROGRAM FIQH WANITA BERSAMA BADAN DAKWAH DAERAH KOTA MARUDU

PROGRAM FIQH WANITA ANJURAN JHEAINS BERSAMA BADAN DAKWAH DAERAH KOTA MARUDU 2025

HCKM | 16 Ogos 2025 | Sabtu

Alhamdulillah, Team HCF Kota Marudu bersama rakan strategik dalam Badan Dakwah Daerah Kota Marudu telah bersama menjayakan Program Fiqh Wanita pada hari Sabtu yang lalu bertempat di Dewan PPR Taman Korongkom Jaya, Kota Marudu.

Kehadiran dan perasmian oleh YBhg. Datuk Redonah binti Bahanda, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, menghangatkan suasana perkongsian ilmu ini.

Penceramah jemputan khas dalam program ini menampilkan Ustazah Wafa’ binti Sarip dan Puan Aeishah binti Mohamad Suhaili. Lanjutan perkongsian ini ditutup dengan sesi Forum Khas Fiqh Wanita dikendalikan oleh PTA JHEAINS Kota Marudu iaitu Ustazah Surayah Salin sebagai moderator forum.

Terima kasih kepada semua rakan strategik Badan Dakwah Daerah Kota Marudu yang terlibat dalam menjayakan Program Fiqh Wanita 2025.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top