Program Bubur Asyura Bersama Komuniti Berbilang Kaum

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ ๐€๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ซ๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐‡

6 Julai 2025
Ahad
HCF Sibu

Bersempena dengan 10 Muharram iaitu hari Asyura, telah berlangsungnya Program Bubur Asyura anjuran bersama Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu, IKRAM Sibu, dan Persatuan Komuniti Muslim Selangau. Program dimulakan dengan aktiviti bergotong-royong menyediakan bahan, memasak, membungkus bubur asyura, dan diikuti dengan pengagihan bubur kepada para mualaf dan jiran tetangga di sekitar Selangau, Sebintek, Batu 16 dan Sibu.

Kami juga berkesempatan menziarahi dua rumah panjang di Selangau untuk berkongsi bubur dan kudapan ringan untuk kanak-kanak serta bertanya khabar dan menjalin hubungan mesra walaupun berlainan agama dan bangsa. Rumah panjang yang diziarahi ialah Rumah Kampung Serindak dan Rumah Senabong. Terima kasih diucapkan kepada tuai rumah dan komuniti rumah panjang yang sudi menerima kunjungan kami dengan hati terbuka.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Penghargaan juga kepada Puan Nurliana sekeluarga yang menyediakan tempat untuk program berlangsung iaitu Restoran Nurliana II dan sentiasa menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak HCF, IKRAM dan PKMS. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus mekar demi keharmonian bersama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top