πππππππ ππ π πππππ
Alhamdulillah thumma alhamdulillah, di pagi yang indah ini, Allah memilih Sis Christina untuk kembali kepada agama fitrah. Syahadah beliau telah dilafazkan dengan tenang di HCFBTR.


Sis Christina merupakan sahabat kepada Sis Yen yang pernah mengikuti kelas di sini. Terdahulu, seorang abang beliau juga telah memeluk Islam. Hari ini, tiba pula giliran beliau menerima hidayah.
Semoga Sis Christina terus diberi kekuatan dan istiqamah dalam mempelajari Islam. Semoga hidupnya sentiasa dalam lindungan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Aamiin ya Rabb.