Alhamdulillah, menjelang Hari Arafah dan dalam semangat solidariti buat saudara kita di Palestin, kelas mingguan NMNR diteruskan seperti biasa — dengan ilmu, doa dan harapan pembebasan.



Apa yang berlangsung minggu ini?
Kelas NMNR BM
Topik: Rukun Islam – Zakat
Penyampai: Bro Jo
Menyingkap hikmah zakat sebagai sistem sosial Islam yang membela golongan memerlukan.
Kelas NMNR English
Topik: Pillars of Faith – Belief in the Prophets (Part 2)
Oleh Bro Joshua & Ustaz Nazeli
Meneroka perjalanan kepercayaan manusia – dari paganisme ke Yahudi, Nasrani dan akhirnya Islam di tanah Arab yang membawa risalah ke seluruh dunia.
Peperiksaan: Kelas Lanjutan
Penilaian akhir untuk pelajar lanjutan.
Kelas Mengaji
Khusus untuk mualaf – asas bacaan Al-Quran dan tajwid.
Semoga setiap langkah ini jadi cahaya untuk diri dan ummah. Teruskan doa, teruskan belajar.