ππππππ ππππ πππππ | ππ πππ ππππ
Alhamdulillah, program mingguan Mosque Tour Guide telah diadakan di Masjid Kota Kemuning, Shah Alam pada Ahad lalu, 11 Mei 2025 dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.
Program ini dihadiri oleh 4 orang non-Muslim yang berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat, serta dibimbing oleh 5 orang sukarelawan Rakan Hidayah.



Para peserta dibawa melawat ke ruang-ruang utama masjid, diberi penerangan tentang fungsi masjid dalam masyarakat Islam, serta diperkenalkan dengan asas-asas ajaran Islam secara santai dan interaktif.
Perkongsian ini telah membuka ruang dialog yang mesra dan penuh keterbukaan, sekaligus membantu menjernihkan salah faham terhadap Islam.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Kota Kemuning atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.