Vijay & Anak-Anak Raikan Aidiladha Bersama HCF Kelantan

🎉 KONGSI KEGEMBIRAAN HARI RAYA KORBAN DENGAN MUALAF🐑🌙

Alhamdulillah, pada Hari Raya pertama, Saudara Vijay Anil dan anak-anak mewakili Hidayah Centre Foundation Kelantan telah menyertai dan menerima daging korban kambing daripada Abdin Syakirin Azmi yang budiman. 🤲❤️

🐐 Daging korban ini insya-Allah akan diagihkan kepada Mualaf santunan HCF Kelantan dan juga Rakan Hidayah yang sentiasa bersama dalam kasih sayang dan ukhuwah Islamiah. 🌸🤝

Program seterusnya, seekor lembu 🐄 pada hari raya keempat di Kg Jeranga, Tanah Merah akan dijayakan bersama Kelab Alumni Aman (KALAM).

Doakan kelancaran dan keberkatan semua yang terlibat, ya! 🌾✨

Terima kasih atas sokongan dan sumbangan semua. Semoga Allah terima amalan kita semua. Aamiin. 💕🌙

#aidiladha#korbanberkat#mualaf#rakanhidayah#hcfkelantan#eidmubarak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top