PROGRAM SAMBUTAN AIDIL ADHA DAN PESTA CHANG DI SJK CHEROH RAUB 2025
HCF Pahang mengambil bahagian dalam pameran dakwah dalam program Sambutan Aidil Adha dan Pesta Chang anjuran MUIP dengan kerjasama JAIP, MACMA, HCF, PERKIM, UMPSA dan beberapa agensi kerajaan.



Seramai hampir 70 orang di kalangan mereka belum Islam disantuni dan menerima pengenalan tentang agama Islam.
Program ini diwakili oleh Ketua Operasi Negeri, Ustaz Sharafi dan dibantu oleh En. Zaidie, Rakan Hidayah Pahang Barat, Ustazah Zulaikha (Guru Mobile HCF) serta Bro Nasrullah (Daie MUIP Cawangan Raub).
Semoga tetamu yang hadir memperoleh seribu manfaat dan ada sinar cahaya keimanan hadir terbit ke dalam jiwa setiap insan yang diraikan. InsyaAllah.