YAYASAN BURUJ MENYUMBANG RM15,000.00 KEPADA MUALAF SANTUNAN HCF KOTA MARUDU, SABAH.
HCF Kota Marudu | 21 Mei 2025 | Rabu
Yayasan Buruj dengan penuh rasa tanggungjawab sosial telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM15,000.00 kepada 30 asnaf mualaf terpilih di kawasan Kota Marudu. Program ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan Buruj dalam usaha membantu meringankan beban golongan mualaf yang memerlukan, khususnya di kawasan ini.



Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Surau Kampung Parong dan disampaikan oleh Tuan Haji Idris Omar, Pengerusi Yayasan Buruj, bersama Puan Hajah Maziyah Haji Hassan. Turut hadir ialah Encik Mohd Zulazrie Dahim Bin Dan, Ketua Operasi Wilayah Hidayah Centre Foundation Sabah, yang memberikan sokongan kepada program ini.
Kami berharap sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan dan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan, terutama dalam mendepani cabaran kehidupan seharian.
Program ini juga mencerminkan sinergi antara Yayasan Buruj dan Hidayah Centre Foundation dalam memperkasa komuniti mualaf di kawasan Sabah.