Kelas Bimbingan Mualaf Mingguan – Seberang Jaya
20 Mei 2025 (Selasa) – Alhamdulillah, kelas bimbingan mualaf mingguan telah diadakan seperti biasa semalam di Seberang Jaya. Topik kali ini menyentuh tajuk penting iaitu “Akhlak dalam Islam” – satu aspek utama dalam membentuk keperibadian Muslim sejati.
Antara yang dibincangkan:
– Peranan akhlak dalam kehidupan seharian seorang Muslim
– Akhlak sebagai cerminan iman
– Dalil daripada Al-Quran dan Hadis berkaitan adab dan akhlak mulia
– Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan terbaik dalam akhlak.
Kelas ini bukan sahaja memberi pengisian ilmu, malah menjadi ruang untuk para mualaf saling berkenalan dan berkongsi pengalaman.



Semoga kelas ini memberi inspirasi dan kekuatan kepada para mualaf untuk terus mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Kelas ini diadakan setiap minggu secara konsisten di kawasan Seberang Jaya.
Untuk maklumat lanjut atau ingin turut serta, hubungi kami.