Mosque Tour Perpaduan Ramadan
25 Mac 2025 (Selasa)- Alhmdulillah Rakan Hidayah Nilai menganjurkan Mosque Tour Perpaduan Ramadan pada 25 Mac yang lalu di Masjid Pekan Nilai. Seramai 19 nonmuslim hadir terdiri daripada 6 orang bangsa Cina dan 13 orang berbangsa India. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti lawatan ruang masjid, penyampaian sumber mengenai Islam dan sesi soal jawab.






Tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum dan agama serta memberi pengetahuan tentang agama Islam kepada bukan Islam.
Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa program dan kepada Jawatankuasa Masjid Pekan Nilai atas program yang bermanfaat ini.
#sampaikanislam
#HidayahCentreFoundation
#DakwahUntukSemua
#hcfns