Alhamdulilah syukur kepada Allah program iftar mualaf berjalan dengan lancar walaupun hujan dan banjir. Seramai 60 orang lebih para mualaf dan keluarga Non Muslim hadir dalam majlis berbuka puasa dan 15 keluarga mualaf dan Non Muslim mendapat sumbangan bakul makanan .
bersama dalam program iftar mualaf ini adalah ketua kampung yang merupakan Non Muslim, guru-guru sk.matanggal Majlis berbuka puasa di kampung matanggal ini merupakan program berbuka puasa yang pertama kali di buat.






Turut bersama dalam iftar adalah RAKAN HIDAYAH (RH) yang banyak membantu dalam menyantuni mualaf
Semoga program berbuka puasa ini dapat di teruskan untuk memberikan kegembiraan kepada para mualaf.dan menguatkan hubungan silaturrahim antara mualaf dan keluarga yang masih belum Islam.
Terima kasih kepada para penyumbang kerana dengan sumbangan anda ramai mualaf di santuni,pahala berlipat-lipat kali