IFTAR MAHABBAH RAMADHAN 2025
8 Mac 2025 (Sabtu)
Seramai 45 hadirin telah menghadiri Iftar yang kami anjurkan. Iftar ini mengumpulkan mualaf Hidayah Centre serta rakan rakan hidayah centre yang sentiasa menyokong aktiviti2 HCFPP.
Majlis dimulakan dengan bacaan Mathurat , azan Maghrib dan diteruskan dengan acara berbuka puasa. Selepas berbuka, majlis disusuli dengan tazkirah ringkas dari Pengurus Operasi Wilayah Utara HCF, Tuan Hj Mohd Yusni Ghazali.






Seterusnya majlis berbuka dimeriahkan dengan perkongsian pengalaman berpuasa mualaf mualaf baru. Pelbagai kisah puasa mereka menginsafkan dan memberi iktibar kepada kita yang mukalaf.
Terima kasih kepada semua hadirin yang sudi berkongsi rezeki dengan membawa juadah berbuka untuk dinikmati . Semoga dengan adanya Iftar Mahabbah ini dapat mengukuhkan ukhwah dan usaha dakwah kita bersama.