KELAS BIMBINGAN MUALAF – SEBERANG JAYA
25 Februari 2025 (Selasa) – Alhamdulillah, Kelas Bimbingan Mualaf Seberang Jaya semalam telah selesai membincangkan buku mengenai amalan-amalan sunnah di bulan Ramadan setelah mengadakan tiga sesi kelas. Ini merupakan persiapan penting bagi para mualaf dalam menyambut bulan penuh keberkatan yang semakin hampir.






Di akhir kelas, Ustaz Abdul Malik telah menyampaikan sedikit amanat dan nasihat kepada para mualaf, mengingatkan mereka tentang kepentingan memperkukuh kefahaman dan amalan dalam menghadapi Ramadan yang bakal tiba.