Mereka datang, untuk mengenal wahyu Allah (Quran) & cara menyembahNya.
Rentetan pertemuan bersama seorang saudara bukan Islam di Pejabat HCF Melaka, dia menyatakan hasrat untuk hadir lagi & kini bersama isterinya.
Diskusi yang berjalan selama 4 jam terasa singkat kerana dipenuhi dengan berbagai perkongsian tentang Islam dan wahyu Allah melalui al-Quran.
Antara persoalan mereka, mengapa perlunya hadis sedangkan perintah Allah melalui al-Quran, mengapa solat mesti dalam bahasa Arab, tidak boleh dalam bahasa etnik sendiri yang lebih mudah, solat itu membebankan, dan bermacam lagi soalan…
Sikap bertanya & mendapatkan penjelasan ini wajar dipuji, berbanding hanya memerhati & membuat persepsi buruk. Tidak terkecuali kita yang perlu proaktif untuk perkenalkan Islam.
Sempat juga mengajar mereka tatacara dan persoalan berkaitan solat, praktikal solat Zohor, serta solat Asar dijalankan secara berjemaah.
Saya bertanya, belajar solat di rumah macamana? mereka menjawab solat beralaskan tilam & lantai kosong. Lalu saya hadiahkan mereka berdua sejadah & telekung hasil infaq anda semua yang dermawan. Semoga Allah limpahi dengan pahala yang berterusan inshaAllah.
Sempena Jumaat yang mulia & menjelang Ramadan nanti…HCF Melaka terus membuka peluang untuk anda berinfak/berzakat bagi tujuan dakwah dan pemerkasaan mualaf. Untuk tujuan tersebut, boleh contact/whatsapp saya, Fadhil (018-9094971), atau scan QR seperti gambar yang tertera)
Mereka akan terus disantuni & doakan hidayah kepada pasangan ni inshaAllah…Kepada Allah jualah kita berserah.