๐ฆ๐ฎ๐ป๐๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ณ | ๐๐ฎ๐ฐ๐ธ ๐ง๐ผ ๐ฆ๐ฐ๐ต๐ผ๐ผ๐น
Februari 2025 – Alhamdulillah, dengan dana yang disumbangkan oleh para dermawan, kami telah dapat menghulurkan bantuan kepada 13 keluarga mualaf bagi meringankan beban mereka dalam persiapan kembali ke sekolah.
Kami sedar bahawa cabaran ekonomi hari ini semakin menekan, dengan peningkatan kos barangan keperluan yang turut dirasai oleh semua pihak. Namun, berkat sumbangan anda, sedikit sebanyak dapat dikongsi bersama keluarga mualaf yang memerlukan.






Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda dalam membantu mualaf menjalani kehidupan yang lebih baik. Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
Jazakumullahu khayran.